2.0 Esei Pendek
2.1 Penggunaan
Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan
PdP yang
berkesan
Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas
kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian
murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk
menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru
memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk
menjayakan proses PdP.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat
mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang
kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan
menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang
baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik
Ngui Kuen Sang (1981)
menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu
mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan
seseorang pelajar.
Atan Long (1982)
berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai.
Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan
pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat
bantu mengajar’.
Menurut teori Konstruktivisme
pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman.
Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang
belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam
pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina
sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
Terdapat beberapa jenis
resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran
berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar (resos) mengajar bukan
elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam
atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan
bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan
pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau
patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan
model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan
sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).
Resos bukan elektronik
ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan
murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh
pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri.
Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna
sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.
Selain resos bukan
elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian
berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang
teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki
sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat
resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid
(filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat
rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah
dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian
tersebut.
Hal ini demikian kerana
terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh
digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh
menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau
video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu
yang baru dalam pembelajaran seharian.
Bukan itu sahaja,
penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan
hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat
untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh
menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat
interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang
dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria
dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.
Selain daripada resos
bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang
boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar
berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa
yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan
projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai
‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga
dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda
buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.
Sebagai contoh,
matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi
penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting
kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara
keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana
mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh
dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu
itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran
bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran,
timbangan dan panjang.
Penggunaan resos
bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala
kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang
dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif
terhadap pembelajaran murid tersebut
Terdapat banyak
kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk
proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas
diperolehi semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk
sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam
lingkungan 7-12 tahun.
Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif
untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid
untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu
sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap
pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.
Apabila seseorang guru
tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang
terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran
dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru
menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan
bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan
murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.
Seterusnya kepentingan
yang dapat dilihat adalah Menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan
pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dari
Confucius bahawa ‘i hear i forget
i see i remember i do i understand’. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi
penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.
Sebagai contoh jika
guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar,
tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana
jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya.
Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan
kapur atau papan putih dan ‘pen marker’, pengajaran juga tidak dapat dijalankan
dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan
sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang
menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses
pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang
ingin ditekankan oleh guru.
Bukan itu sahaja, resos
juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan murid pengalaman
sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos
yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri
untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah
kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan
rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan
oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid
sahaja.
Selain itu, kepentingan
yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak
diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam
dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu
secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos
perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini demikian
kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos yang dibuat.
Penggunaan Resos sangat
memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan
murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan
tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami
secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos
murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami
konsep dan merasai apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang
diajar.
Contoh resos yang
sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah cara
penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada
murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan
penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan
menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira
dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua
deria utama murid ketika mengendalikan abakus.
Aktiviti yang kami telah
sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota
dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian
Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga
peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid
dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus.
Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan
sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus
dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai
tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan
cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami
ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru
menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.
Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara
iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami
telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di
hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini,
semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan
rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana
melalui abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.
Penggunaan dekak-dekak yang
efisien membolehkan murid-murid membezakan nilai tempat tersebut dengan senang.
Murid juga boleh membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan
lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini
untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau
polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua atau tiga
warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan setiap nilai
nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid
untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh
perhatian.
Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana
ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara
pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak
dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah
kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian kerana,
jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang
untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.
Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan
mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama
dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara
penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih
kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah.
Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan
jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah
terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga
juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila
masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara
terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak
merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar
memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang dandilihat
membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya
dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.
Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan
kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim
dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk
pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang
menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai
tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat
teori-teori tentang bagaimana struktur matematik boleh diajar. Gred awal
menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan
tarian.
Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok
Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan
lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini
cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen
dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih
menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah
yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya
dengan selesa.
Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh
pelajar untuk belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan,
Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara
yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan-bahan yang
terpakai dan sebagainya.
Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat
membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah
kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan
berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali
ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti
dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.
Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam
pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik
darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan
kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya.
Selain itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang
untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran
prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan
kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif
berkurangan semasa merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam
aktiviti ini pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat.
Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa
dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada
yang paling dekat nilai,digit tempat.
Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru
terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat
ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang
sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu
melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak
iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain
itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah
tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri
dan mempunyai kebaikan dan kelebihan
tersendiri.