5.0 Refleksi
Microteaching.
Oleh : Nur
Fadhillah Binti Ghazali
Unit : PISMP 5.11
(MATEMATIK)
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dan
pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110. Kami mendapat tajuk
Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai topic pengajaran kami. Saya dan
pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah berbincang beberapa kali untuk
merancang bagi memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran
dalam micro teaching. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan
topiknya adalah operasi tambah dalam lingkungan 10000.
Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya
berasa amat gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan
menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk
microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5 agak padat dengan pelbagai
aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5 ke praktikum pada 1
April 2013. Kami perlu membahagikan masa sebijaknya untuk menyiapkan bahan
bantu mengajar untuk microteaching kali ini.
Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta
pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami
sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan
memberikan nasihat, pandangan, rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.
Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal
perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian
Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah
kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching
adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak
teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan.
Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di
hadapan dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya
merasakan saya sangat kalut semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu
mengajar. Semasa saya menggunakan manila kad yang perlu digantung pada paku,
paku itu telah tercabut dan memakan masa saya untuk mengajar serta kelas tidak
terkawal pada masa itu kerana saya sibuk membetulkan manila kad tersebut.
Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat
mengawal suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih
boleh senyum semasa berhadapan dengan para pelajar. Saya juga merasakan
lontaran suara saya jelas dan boleh didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja,
saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami agak menarik kerana bahan itu
adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri untuk lebih
memahami konsep operasi tambah dengan lebih berkesan.
Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan
datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya
mengajar. Selain itu, saya juga perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi
lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar.
Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai
unsur kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin.
Bukan itu sahaja, saya juga merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu
mengajar dan menggunakan sebaik mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan
kesan kepada yang positif kepada para pelajar agar mereka lebih seronok dan
lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari.
Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di
praktikum kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang
kreatif untuk mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal
kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan garang agar murid lebih mesra
dan lebih dekat dengan guru.
No comments:
Post a Comment