Wednesday 27 March 2013

5.0 Refleksi Pengajaran Mikro


5.0 Refleksi Microteaching.

Oleh : Nur Fadhillah Binti Ghazali
Unit : PISMP 5.11 (MATEMATIK)

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dan pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110. Kami mendapat tajuk Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai topic pengajaran kami. Saya dan pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah berbincang beberapa kali untuk merancang bagi memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro teaching. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan topiknya adalah operasi tambah dalam lingkungan 10000.
Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya berasa amat gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5 agak padat dengan pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5 ke praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa sebijaknya untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk microteaching kali ini.

Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan, rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.

 Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan.
Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di hadapan dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya merasakan saya sangat kalut semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan manila kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan memakan masa saya untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu kerana saya sibuk membetulkan manila kad tersebut.
Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat mengawal suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih boleh senyum semasa berhadapan dengan para pelajar. Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas dan boleh didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami agak menarik kerana bahan itu adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan lebih berkesan.
Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar.
  
Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai unsur kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menggunakan sebaik mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan kepada yang positif kepada para pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari.

Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di praktikum kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.



No comments:

Post a Comment