Wednesday 27 March 2013

pendahuluan




1.0 Pendahuluan.
Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari,
Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.
Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini.
Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan  bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik. 

No comments:

Post a Comment