Wednesday 27 March 2013

8.0 Penutup


8.0 Penutup
Secara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak langsung dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam pada diri murid-murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan berbincang untuk mencipta resos yang terbaik untuk digunakan.
Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik semasa insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama sendiri.
Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang kian maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan Matematik.
Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai medium mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.



No comments:

Post a Comment